Wednesday, 14 December 2016

Cinta boleh melukai

Cinta memang boleh melukai,
Indahnya hanya  bersifat sementara,
Namun sedarkah kita akan hakikat ini,
Terpesona bukanlah sekadar dimata,
Hati, nilai dan murni itu perlu,
Untuk kebahagiaan yang hakiki.

Pantun

Buah yang masak perlu dipetik,
Gadis idaman tinggal didesa,
Tiada guna berwajah cantik,
Jika tiada berbudi Bahasa.

Harum bau bunga cempaka,
Bunga mawar batang berduri,
Hidup ini jangan penuh berdusta,

Jangan menyesal dikemudian hari.

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP SALING HORMAT-MENGHORMATI PADA ANAK-ANAK

Pendahuluan
Dewasa ini, pengamalan nilai hormat-meghormati antara satu sama lain adalah sangat penting   kerana masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Pengamalan nilai hormat-meghormati antara satu sama lain adalah sangat penting kerana masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Hormat-menghormati bermaksud saling memberi hormat pada orang lain dengan memberi layanan yang sopan kepada orang lain. Sebagai contoh, memberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa atau guru. Namun, penerapan nilai murni ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Nilai ini merupakan asas kepada semua nilai-nilai murni dengan memupuk sikap nilai hormat terhadap orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita. Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memupuk nilai ini dalam diri anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang membesarkan anak-anak dan lebih arif terhahap akhlak anak-anak. Sekiranya ibu bapa sendiri tidak dihormati, bagaimana pula untuk anak-anak menghormati orang lain? Oleh itu, nilai menghormati sangat penting dan perlu diterapkan pada anak-anak sejak usia yang muda lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.


Ibu bapa menunjukkan tauladan yang baik pada anak-anak
Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa menunjukkan tauladan yang baik pada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan rujukan pertama anak-anak dalam pembentukan sahsiah diri apabila mereka membesar kelak. Namun, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak menujukkan tauladan baik terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa menjadi seorang pendera ketika anak-anak masih kecil. Hal ini akan menyebabkan anak-anak hilang sifat hormat terutamanya pada ibu bapa dan juga orang lain. Salah satu contoh baik yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk nilai murni ini ialah dengan sentiasa ziarah menziarahi sanak saudara di kampung. Hal ini demikian kerana anak-anak akan mengetahui akan kepentingan hormat terhadap masyarakat sekeliling. Oleh itu, ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam hidup anak-anak dalam membentuk sikap saling hormat-menghormati. Ibu bapa perlu sedar akan kepentingan memupuk nilai ini di usia muda supaya nilai ini menjadi asas kepada pegangan hidup anak-anak.

Ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan
Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi galakkan kepada anak-anak untuk menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Semua akitiviti kemasyarakatan ini bertujuan untuk mendidik anak-anak untuk memahami kesusahan orang lain. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan sikap prihatin dan hormat terhadap orang lain.  Sebagai contoh, antara aktiviti kemasyarakatan yang boleh dijalankan ialah gotong-royong.  Hal ini kerana aktiviti seperti ini akan mewujudkan perasaan penerimaan di antara satu sama lain seterusnya membentuk sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat. Aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada anak-anak akan pentingnya nilai ini dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, hubungan yang erat dalam kalangan masyarakat dapat membentuk nilai saling hormat-menghormati.

Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak
Tambahan lagi, ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak untuk memupuk sikap saling hormat-menghormati. Ibu bapa kini terlalu mengejar kemewahan dan keselesaan hidup sehingga mengabaikan dalam tanggungjawab mereka untuk menyemai nilai murni ini pada anak mereka. Ibu bapa kini menganggap bahawa didikan agama tidak lagi penting. Asuhan atau didikan agama yang sempurna ini perlu dilakukan semenjak dari kecil lagi. Ibu bapa juga seharusnya menghantar anak mereka untuk mendalami ilmu agama supaya mereka dapat menjadi insan yang lebih baik. Sebagai contoh, agama Islam amat menitik beratkan umatnya untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Oleh itu, didikan agama yang sempurna sangat penting kepada anak-anak bagi memupuk nilai hormat-menghormati.

Kesimpulan

Kesimpulannya, nilai hormat-menghormati tidak boleh dipandang remeh. Ibu bapa merupakan watak yang penting dalam memupuk sahsiah yang baik pada anak-anak. Peranan yang akan dimainkan oleh ibu bapa ini akan memberi impak yang besar dalam pembentukan nilai murni anak-anak. Semua pihak juga perlu memainkan peranan mereka dalam membentuk masyarakat yang saling hormat menghormati. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mendidik atau memupuk nilai ini dengan lebih mudah dalam diri anak-anak. Tambahan lagi, ibu bapa seharusnya faham bahawa anak-anak sangat memerlukan perhatian mereka dalam hal seperti ini. Oleh itu, ibu bapa perlu memupuk nilai hormat-menghormati pada anak agar mereka sedar bahawa nilai ini sangat penting untuk menjadi insan yang lebih baik.

Ulasan lagu Laskar Pelangi



Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya...

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita
Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya…
Selamanya...

Laskar pelangi

Takkan terikat waktu...

Lagu ini dihasilkan pada 26 September 2008 dan dipopularkan oleh kumpulan NIDJI iaitu sebuah kumpulan yang berasal dari Indonesia. Penulis lirik bagi lagu ini ialah Giring iaitu vokalis utama bagi kumpulan ini. Lagu ini juga telah dipilih untuk menjadi runut bunyi bagi filem Laskar Pelangi. Lirik lagu ini bermaksud tentang seseorang harus mempunyai cita - cita terhadap sesuatu perkara dalam hidupnya. Hal ini kerana impian itu akan menjadi motivasi untuk seseorang untuk mencapai cita - cita mereka. Usaha yang tidak berbelah bagi juga penting untuk mencapai impian yang ingin dicapainya. Selain itu, waktu atau masa sepatutnya tidak menjadi penghalang pada seseorang untuk mencapai cita – cita mereka. Setiap orang juga harus meluahkan keinginannya itu kepada sesiapa sahaja. Lirik lagu ini juga menerangkan akan kepentingan untuk melakukan setiap kerja dengan sebaik mungkin dan bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan oleh-Nya. Senyuman juga penting apabila melakukan sesuatu pekerjaan walaupun kerja tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan. 

Kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh setiap individu

Dewasa ini, kemahiran insaniah merupakan aspek yang penting dalam membentuk keperibadian seseorang manusia. Kemahiran insaniah boleh didefinisikan sebagai istilah sosiologi yang merujuk pada ciri – ciri keperibadian, kemahiran berbahasa dan sikap optimis seseorang. Terdapat pelbagai kemahiran insaniah yang perlu dikuasai. Sebagai contoh, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran keusahawanan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan moral profesional dan juga kemahiran kepimpinan. Kemahiran ini penting kerana dapat membangunkan individu yang berkualiti selain daripada mempunyai kelayakan akedemik yang baik. Hal ini kerana individu yang berkualiti merupakan satu keperluan kepada negara untuk membentuk negara maju yang berdaya saing.

Pencemaran udara di bandar – bandar utama dunia

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah pencemaran kebersihan alam meliputi udara, air dan daratan dengan sampah sarap dan sebagainya. Pencemaran ini berlaku apabila pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan dengan pesat dengan mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik. Antara isu berlaku pada masa ini ialah pencemaran udara di negara yang mempunyai penduduk yang ramai atau padat. Sebagai contoh, New Delhi merupakan bandar yang mempunyai indeks pencemaran udara yang paling tinggi didunia. Menurut US Environmental Protection Agency mengatakan bahawa bandar tersebut boleh diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk diduduki. Hal ini kerana indeks kualiti udara di bandar tersebut adalah 999 Air Quality Index (AQI) berbeza dengan New York iaitu 13 AQI iaitu dalam kategori udara yang bersih. Kajian daripada World Health Organization (WHO) juga menunjukkan hampir 80 peratus bandar – bandar urban didunia mengalami pencemaran udara. Kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak ini menunjukkan bahawa perkembagan dunia yang pesat juga boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar. 

Kesan kenaikan harga barang pada masyarakat

Dewasa ini, kenaikan harga barang bukan lagi satu perkara yang luar biasa bagi masyarakat kita. Sebagai contoh, barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak dan sebagainya merupakan barangan yang sering mengalami kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang – barang ini secara tidak langsung akan memberi impak kepada pengguna terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah. Hal ini kerana kuasa beli pengguna akan menurun sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah atau pada kadar yang sama sahaja. Sebagai contoh, pengguna yang berpendapatan tetap dan para pelajar di institusi awam mahupun swasta akan terkesan dengan kesan kenaikan harga barang ini. Kenaikan harga yang tidak terkawal ini secara tidak langsung akan membebankan pengguna dan memberikan kesan psikologi pada masyarakat.