Wednesday, 14 December 2016

Pencemaran udara di bandar – bandar utama dunia

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah pencemaran kebersihan alam meliputi udara, air dan daratan dengan sampah sarap dan sebagainya. Pencemaran ini berlaku apabila pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan dengan pesat dengan mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dengan lebih baik. Antara isu berlaku pada masa ini ialah pencemaran udara di negara yang mempunyai penduduk yang ramai atau padat. Sebagai contoh, New Delhi merupakan bandar yang mempunyai indeks pencemaran udara yang paling tinggi didunia. Menurut US Environmental Protection Agency mengatakan bahawa bandar tersebut boleh diisytiharkan sebagai tidak selamat untuk diduduki. Hal ini kerana indeks kualiti udara di bandar tersebut adalah 999 Air Quality Index (AQI) berbeza dengan New York iaitu 13 AQI iaitu dalam kategori udara yang bersih. Kajian daripada World Health Organization (WHO) juga menunjukkan hampir 80 peratus bandar – bandar urban didunia mengalami pencemaran udara. Kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak ini menunjukkan bahawa perkembagan dunia yang pesat juga boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar. 

No comments:

Post a Comment