Wednesday, 14 December 2016

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP SALING HORMAT-MENGHORMATI PADA ANAK-ANAK

Pendahuluan
Dewasa ini, pengamalan nilai hormat-meghormati antara satu sama lain adalah sangat penting   kerana masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Pengamalan nilai hormat-meghormati antara satu sama lain adalah sangat penting kerana masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Hormat-menghormati bermaksud saling memberi hormat pada orang lain dengan memberi layanan yang sopan kepada orang lain. Sebagai contoh, memberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa atau guru. Namun, penerapan nilai murni ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Nilai ini merupakan asas kepada semua nilai-nilai murni dengan memupuk sikap nilai hormat terhadap orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita. Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memupuk nilai ini dalam diri anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang membesarkan anak-anak dan lebih arif terhahap akhlak anak-anak. Sekiranya ibu bapa sendiri tidak dihormati, bagaimana pula untuk anak-anak menghormati orang lain? Oleh itu, nilai menghormati sangat penting dan perlu diterapkan pada anak-anak sejak usia yang muda lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.


Ibu bapa menunjukkan tauladan yang baik pada anak-anak
Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa menunjukkan tauladan yang baik pada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan rujukan pertama anak-anak dalam pembentukan sahsiah diri apabila mereka membesar kelak. Namun, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak menujukkan tauladan baik terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa menjadi seorang pendera ketika anak-anak masih kecil. Hal ini akan menyebabkan anak-anak hilang sifat hormat terutamanya pada ibu bapa dan juga orang lain. Salah satu contoh baik yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk nilai murni ini ialah dengan sentiasa ziarah menziarahi sanak saudara di kampung. Hal ini demikian kerana anak-anak akan mengetahui akan kepentingan hormat terhadap masyarakat sekeliling. Oleh itu, ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam hidup anak-anak dalam membentuk sikap saling hormat-menghormati. Ibu bapa perlu sedar akan kepentingan memupuk nilai ini di usia muda supaya nilai ini menjadi asas kepada pegangan hidup anak-anak.

Ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan
Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi galakkan kepada anak-anak untuk menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Semua akitiviti kemasyarakatan ini bertujuan untuk mendidik anak-anak untuk memahami kesusahan orang lain. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan sikap prihatin dan hormat terhadap orang lain.  Sebagai contoh, antara aktiviti kemasyarakatan yang boleh dijalankan ialah gotong-royong.  Hal ini kerana aktiviti seperti ini akan mewujudkan perasaan penerimaan di antara satu sama lain seterusnya membentuk sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat. Aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada anak-anak akan pentingnya nilai ini dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, hubungan yang erat dalam kalangan masyarakat dapat membentuk nilai saling hormat-menghormati.

Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak
Tambahan lagi, ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak untuk memupuk sikap saling hormat-menghormati. Ibu bapa kini terlalu mengejar kemewahan dan keselesaan hidup sehingga mengabaikan dalam tanggungjawab mereka untuk menyemai nilai murni ini pada anak mereka. Ibu bapa kini menganggap bahawa didikan agama tidak lagi penting. Asuhan atau didikan agama yang sempurna ini perlu dilakukan semenjak dari kecil lagi. Ibu bapa juga seharusnya menghantar anak mereka untuk mendalami ilmu agama supaya mereka dapat menjadi insan yang lebih baik. Sebagai contoh, agama Islam amat menitik beratkan umatnya untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Oleh itu, didikan agama yang sempurna sangat penting kepada anak-anak bagi memupuk nilai hormat-menghormati.

Kesimpulan

Kesimpulannya, nilai hormat-menghormati tidak boleh dipandang remeh. Ibu bapa merupakan watak yang penting dalam memupuk sahsiah yang baik pada anak-anak. Peranan yang akan dimainkan oleh ibu bapa ini akan memberi impak yang besar dalam pembentukan nilai murni anak-anak. Semua pihak juga perlu memainkan peranan mereka dalam membentuk masyarakat yang saling hormat menghormati. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mendidik atau memupuk nilai ini dengan lebih mudah dalam diri anak-anak. Tambahan lagi, ibu bapa seharusnya faham bahawa anak-anak sangat memerlukan perhatian mereka dalam hal seperti ini. Oleh itu, ibu bapa perlu memupuk nilai hormat-menghormati pada anak agar mereka sedar bahawa nilai ini sangat penting untuk menjadi insan yang lebih baik.

8 comments:

  1. Kalau boleh selitkn peribahasa ke..klau tk pun kata hikmat
    Bru lgi hebat krgn abg😘

    ReplyDelete
  2. Tq for the writer..... Tapi lagi nauce kalau ada peribahasa

    ReplyDelete
  3. Thank you for the writer,tpi saya rasa lgi best kalau guna peribahasa and kata kata tokoh and kosa kata kata yang berdarjat tinggi bnyk sikit

    ReplyDelete